Punca yang menyebabkan kes rompakan ini berlaku

Pada zaman kini, tidak kira di mana-mana negara atau pun tempat, pasti akan berlakunya masalah seperti rompakan, pecah rumah, rasuah, kes buli dan sebagainya yang sering memberi gangguan kepada keamanan masyarakat. Malah di negara kita,Malaysia, rompakan adalah salah satu masalah yang sering berlaku terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Depavali dan sebagainya.






Hal ini telah menyebabkan rakyat-rakyat negara kita sentiasa berada dalam satu keadaan yang rasa bimbang dan takut. Ini kerana kes rompakan bukan sahaja menyebabkan pemangsa menghadapi kehilangan harta benda malah ia juga akan menggugatkan keselamatan dan nyawa pemangsa-pemangsa.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kes rompakan ini berlaku.Salah satu daripada puncanya adalah kemelesetan ekonomi sesebuah negara. Apabila sebuah negara berlaku kemelesetan ekonomi, ia akan menyebabkan pelabur asing menarik diri dan syarikat-syarikat terpaksa memecatkan pekerja-pekerja bagi mengurang kos pengeluaran untuk memastikan syarikat boleh terus beroperasi. Jadi kadar pengangguran bagi negara itu akan meningkat dan ramai buruh kerja akan menghadapi masalah kehilangan pekerjaan.



Dalam masa yang sama,mereka juga akan kehilangan sumber pendapatan mereka seperti gaji, elaun, dan sebagainya. Dengan ini, mereka akan kehilang sumber kewangan mereka dan dalam masa tidak lama kemudian mereka akan menghadapi masalah kewangan. Ini kerana barang-barang keperluan harian seperti makanan, pakaian, dan lain-lain lagi perlulah dibayar dengan wang tunai. Jadi mereka yang menghadapi masalah kewangan akan terpaksa melakukan sesuatu untuk kehidupan,dan salah satu activiti yang boleh dapat wang dengan cepat and senang adalah merompak.

Klik di sini untuk baca lebih lajut

Kredit to http://sblm1053g5.blogspot.com/2010/08/rompakan.html

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post

Contact Form