Indeks jenayah tertinggi di Malaysia


SUBANG JAYA - Jenayah pecah rumah di Selangor dilaporkan meningkat 16 peratus dalam tempoh sama berbanding tahun lalu,”kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Katanya, antara kawasan panas direkod mengalami pertambahan kes termasuk Klang, Kajang, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain yang mengalami banyak pembangunan.
Mohd Shukri berkata, selain itu, kecurian motosikal dan kereta juga direkod mencatat peningkatan kes berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata, polis akan melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa dan mengkaji kelemahan yang wujud sehingga menyebabkan kes-kes terbabit bertambah.

Sila klik link di bawah utk maklumat lanjut



KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan indeks jenayah tertinggi berbanding negeri lain dengan jumlah 32,348 kes sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu, curi motosikal menunjukkan kekerapan tertinggi dengan 9,698 kes, 
kes pecah rumah dan curi (5,682), samun berkumpulan tanpa senjata api (4,583)curi motokar (4,370).Manakala 293 kes rogol dicatatkan, kes bunuh (124), ragut (698), dan mencederakan (868).

Selepas Selangor, Kuala Lumpur mencatatkan indeks jenayah kedua tertinggi dengan 16,784 kes, diikuti Johor (13,170), Sarawak (6,923), dan Kedah (6,424), manakala Perlis mencatatkan negeri terendah jenayah dengan 621 kes.

Kedudukan Selangor dicatatkan sebagai tertinggi sejak lima tahun berturut pada tahun 2008 (57,752 kes), 2009 (54,994), 2010 (49,469), 2011 (44,302) dan 2012 (40,629).

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post

Contact Form