Kenali teknologi CCTV dan fungsi DVR - Bahagian 3

Digital Video Recorder ( DVR )



DVR adalah alat perakam CCTV kamera alat ini berfungsi sebagai perakam dan peyimpan semua rakaman dari setiap kamera yang berhubung dengannya dalam erti kata lain ianya berfungsi untuk merakam dan menyimpan segala rakam dari kamera cctv.

Kamera berfungsi semata-mata untuk mendapatkan video/gambar di sesuatu lokasi yang telah kita tetapkan, kegunaan kamera adalah mendapatkan image/video kemudian menukar video kepada data untuk di simpan kedalam DVR.

DVR terdapat dalam beberapa jenis dan bergantung kepada input camera yang oleh di hubungkan kepadanya, sebagai contoh terdapat 3 jenis yang biasa terdapt di rumah atau pejabat  gunakan seperti 4channel,8channel dan 16channel. Setiap channel mewakili sebuah kamera dan jumlah kamera bergantug kepada jumlah channel pada DVR.








DVR mempunyai beberapa fungsi yang akan mengawal kamera yang di pasang. Antara fungsi-fungsinya adalah;-

1. Motion detector ( pengesan pergerakan)
2. Schedule record ( rakaman berjadual)
3. Manual record
4. Always record

Setiap DVR mempunyai beberapa hard disk sebagai ruang simpanan video data yang telah dan akan di rakam mengikut beberapa langkah setting yang di lakukan. DVR boleh menampung jumlah hard disk lebih daripada 1 unit bergantung kepada model yang di kehendaki. Kecerahan gambar yang di paparkan atau dirakam oleh DVR bergantug  daripada 2 sumber iaitu kamera dan DVR itu sendiri. DVR juga mempunyai resolusi yang di tampung untuk mendapatkan rakaman yang terbaik dari segi gambar dan kecerahannya.
Tahap rakaman gambar bergantung juga kepada beberapa perkara yang perlu di lihat seperti

1. Recording resolution
2. Recording frame rate
3. Recording quality

Recording resolution
PAL - System yang biasa di gunakan di Malayasia.
WD1 (960 x 576) - DVR support WD1 format
D1 (704 x 576) - DVR support D1 format
CIF (352 x 288) - DVR support CIF format

Resolution yang tinggi lebih baik kualit gambarnya daripada yang rendah dari segi warna dan kecerahannya.

Gambar ini sebagai contoh resolution

Bersambung akan datang


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post

Contact Form