Bagaimana Alarm sistem berfungsi dan kelebihannya

Bagaimana Alarm System bekerja

Alarm sistem yang terdapat di Malaysia di pasaran ketika ini mempunyai pelbagai fungsi yang kemungkinan tidak ramai yang tahu dan fahami cara ianya bekerja. Di pasaran ketika ini terdapat 2 jenis alarm sistem iaitu tanpa wayar  dan wayar.

Perhidmatan ini perlu bayar bulanan ke?
Kebanyakan pengguna tidak tahu atau faham fungsi sebenar alarm sistem ini, terdapat banyak jenis alarm sistem yang berada di pasaran kesemuanya boleh di gunakan dengan hanya membeli dan memasangnya tanpa apa-apa bayaran bulanan. Perkhidmatan alarm berpusat adalah tambahan sahaja daripada syarikat yang mengendalikan pemasangan dan pemerhatian.

Anda sebagai pengguna boleh juga mengendalikan sistem ini secara sendiri ini kerana sistem ini membolehkan pengguna menerima panggilan secara automatik jika terdapat gangguan di kediaman atau premis anda. Dengan hanya menambah module telefon kepada alarm sistem, anda kini boleh mengendalikannya secara sendirian samada untuk mengetahui status sistem atau mengaktifk atau menyahaktifkan sistem tersebut.

Alarm sistem mempunyai sepesifikasi yang berbeza-beza dan di perbezaannya di pecahkan mengikut model alarm sistem itu sendiri. Untuk kegunaan di rumah,bengkel atau pejabat yang mempunyai 1 atau 2 tingkat unit tengah cukup dengan hanya mempunyai 5 zone sahaja.





Apa itu alarm zone?
Zone pada main controller alarm sistem adalah untuk membahagikan kedudukan kawasan yang akan di pasang sensor, ini memudahkan pengguna untuk menentukan kedudukan sensor yang mengesan kepada berlakunya pencerobohan. Sebagai contoh rumah yang telah di pasang sistem alarm zone di bahagikan seperti berikut

zone 1 - pintu masuk hadapan
zone 2 - semua tingkap/grill di bahagian ruang tamu
zone 3 - semua tingkap/grill dan pintu bahagian dapur
zone 4 - semua tingkat/grill di bilik tidur dan bilik air tingkat atas bahagian belakang
zone 5 - semua tingkat/grill di bilik tidur,bilik air dan bumbung tingkat atas bahagian depan

Bagaimana ianya berfungsi dan apakah alat pengesannya?
Terdapat beberapa banyak jenis alat pengesan yang berada di pasaran Malaysia ketika ini. Secara umumnya alarm sistem yang di ketahui ianya melalui syarikat yang mengendalikan alat tersebut maka pengguna perlu membayar bulanan perkhidmatan itu.

Alarm sistem berfungi apabila diaktifkan alat tersebut, maka semua alat pengesan yang mula beroperasi dalam mode bersedia. Setiap alat pengesan mempunyai perbezan dari segi pembuatan alat tersebut seperti



1. Door sensor - berfungsi apabila pintu/tingkat di buka


2. Vibration sensor - fungsinya mengesan getaran samada pada dinding/grill/kaca


3. Smoke detector - mengesan kehadiran asap di kawasan/tempat ianya dipasang


4. Motion sensor - mengesan apa sahaja pergerakan di dalam lingkungannya


Bersambung akan datang BHG 2


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post

Contact Form