Alat Keselamatan PARADOX SP series

PARADOX ALARM SYSTEM (SISTEM PENGERA KESELAMATAN)

Jenama terkenal dunia Paradox.com yang berpusat di Kanada dan telah beroperasi semenjak tahun 1989 lagi. Bermula dengan mengeluarkan produk motion detector . 1996 mula memperkenalkan alat keselamatan siri model DIGIplex . Pada tahun 2001 mula memperkenalkan model sistem tanpa wayar dan produk yang telah memenangi anugerah iaitu Magellan produk semua dalam satu alat. Tahun 2007 mula mengeluarkan produk-produk yang dapat memenuhi kehendak dan permintaan pasaran iaitu model GM, EVO dan SP siri disamping itu juga memperkenalkan peralatan sokongan hubungan menggunakan suara dan IP melalui internet.



Di sini kami ingin memperkenalkan kelebihan yang terdapat pada model SP (Spectra) yang kerap kali di gunakan di kediaman, pejabat-pejabat, kedai atau premis yang mempunyai skala kecil dan sederhana.



SPECTRA boleh di hubungkan menggunakan wayar atau tanpa wayar kepada semua peranti pengesan yang disambungkan kepada papan litar utama sistem SPECTRA. Antara lain ciri-ciri model ini ianya boleh ditambah zone dengan memasang module zone untuk menambah bilangannya maksimum kepada 32zone. Ciri-ciri lain dengan adanya StayD, sokongan module sistem panggilan suara (voice module VDMP3) dan  module sokongan internet (IP100).

Kelebihna ciri StayD yang terdapat pada SPECTRA adalah mengekalkan keselamatan anda di dalam premis selamat 24jam sehari tanpa perlu anda mematikan (disarm) sistem walaupun anda memasuki zone yang telah diaktifkan sistemnya. StayD berfungsi dalam keadaan sedia sepanjang masa tanpa tiada zone yang tidak di lindungi dan ianya berfungsi mengaktifkan zone semula secara automatik sekiranya anda terlupa untuk mengaktifkannya semula.




Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post

Contact Form