Kes curi kedai emas di Kelantan, Pasir Mas

Polis giat mengesan suspek utama yang terlibat dalam kes curi di sebuah kedai emas di Plaza Serangkai Mas, Jalan Besar di sini,  selepas rakannya berjaya dicekup dalam satu serbuan di Kampung Machang Gochoh, Meranti jam 3 pagi 12 September 2013

Polis kini giat mengesan suspek utama kes kecurian di sebuah kedai emas di Plaza Serangkai Mas.


“Selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu, anggota unit peronda telah berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek di Simpang Empat Lampu Isyarat Stesen Minyak Petronas, Rantau Panjang.

“Menyedari kehadiran unit peronda, suspek telah memecut laju keretanya dan menghala ke arah Jalan Lama Rantau Panjang-Pasir Mas.Unit peronda berkenaan kemudian mengejar kereta suspek sehingga mereka terbabas di kawasan bendang sawah Kampung Banggol Che Musa, Meranti,” katanya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS).



Haliludin berkata, tidak lama kemudian bertindak atas maklumat sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Daerah telah berjaya menangkap pemandu kereta berkenaan dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Machang Gochoh.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.

“Usaha mengesan suspek masih giat dilakukan dan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh tampil untuk membantu siasatan,” katanya


Sumber daripada : http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post

Contact Form